Sebening Salju
Menú

Assalamualaikum ♥
Welcome to my Blog
Hi ! Im NurZawani Ahmad
15 July 1987

Music

Music is my Soul
Now Playing : Ajari Aku - Anuar Zain

Creditos!
Template: Gisela ^^
Others:   
Edit: Ayuni Husna ^^


KUN FA YA KUN...
Thursday, 13 June 2013 • Permalink • Add comment {0}


Kejadian pada disember 2012 banyak menyedarkan ana erti kasih sayang.Pada 26 Disember tanpa diduga ayah ana mengalami kecederaan yang parah pada bahagian kaki.Petang kejadian 6.40ptang , mesin pemotong kayu mengenai kaki ayah ana.Ketika itu, darah mengalir terlalu banyak sehingga menembusi tiga lapisan kain.Diraut wajah jelas terpancar kepucatan akibat pendarahan yang banyak.Ana segera meminta pertolongan jiran.

Alhamdulillah dengan izin Allah, Allah permudahkan urusan,ayah ana di hantar ke hospital slim river.Saat itu ana berasa sangat takut dan sedih,,terlalu banyak dosa ana kepada dia.Ketika itu hanya  tinggal ana dan adik ana di rumah.Dia seolah tidak mengerti apa-apa.Ana segera mencuci saki baki darah di tempat kejadian dalam hati yang  sebak.Hati ana tidak tenang.Resah.Gelisah.Lalu ana mengambil wudhuk.Menenangkan diri.Ana membaca yaasin..
 
Ya allah ampunilah dosa ayahku dan dosa-dosanya pada orang yang dilakukan zalim.Tabahkan hatinya dan keluarga kami dalam menghadapi setiap dugaan ujian yang telah Engkau berikan.Dan panjangkan umur ayahku,dosaku terlalu banyak pada dia.Izinkan aku untuk menebus kesalahanku.Jangan kau biarkan aku menzalimi diriku sendiri..Amiin..

Pada pukul 11 malam ayah ana menjalani pembedahan kaki dan selepas  dua jam kemudian pembedahan tersebut selesai.Ana bersama emak dan bapa saudara bermalam dihospital menemani ayah ana.Pada keesokkan paginya,balutan kaki ayah ana dibuka,ana lihat darah mengalir keluar begitu banyak.Ketika itu, ana berasa pening.Ana tidak mampu lagi melihat darah yang mengalir keluar.Sakit.Pedih.Baru ana sedar bahawa ana seorang yang fobia dengan darah setelah 25 tahun  berada di muka bumi Allah.



Sanak saudara, rakan- rakan ayah ana pun turut hadir menziarah.Jiran yang sering hadir menziarah.Terima kasih,hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian, setiap langkah kalian ke hospital. Setelah beberapa menjalani hari di hospital  menemani ayah ana,berbantalkan lengan dan bertilamkan kerusi tanpa selimut,baru ana sedar apa itu erti kesakitan, pengorbanan,sabar  dan  kasih sayang.Melihat orang di sekeliling yang sakit dan mengharungi hari-hari dengan penuh harapan agar cepat sembuh.Doktor hanya mampu mengurangkan kesakitan dan yang memberi kesembuhan Allah.Ana bersyukur diberi kesihatan yang baik dan dapat bersolat dengan sempurna. Terima kasih ya allah…


Ayah ana dibenarkan pulang dari hospital.Alhamdulillah,ana bersyukur sangat dengan izin dan pertolongan Allah.Kegembiraan menutup segala keletihan selama beberapa hari di hospital.Pada malam itu, ana lihat ayah ana cuba mengagahkan diri untuk solat berjemaah di atas kerusi memandangkan kakinya masih belum pulih dan  memerlukan bantuan tongkat.Saat Allahuakhbar dilaungkan bercucuran air mata ana.Air mata kesedihan dan kesyukuran.Kerana masih diberi peluang solat berjemaah bersama ayah dan keluarga.Masih boleh mendengar ayah ana membaca surah-surah lazim dengan sempurna didalam solat.Terima kasih ya allah.Seminggu selepas kejadian ,ayah ana cuba mengagahkan diri bersolat secara berdiri.Kecekalan dan ketabahan berjaya menambat hati ana.Subhanallah..

Dari hari ke hari,ana lihat ayah ana mengharungi kesakitan.Kadang kala terdengar suara keluhan kesakitan.Setelah ayah ana menelan ubat tahan sakit, kesakitan itu akan hilang.Begitulah hari-hari yang dilalui.Ayah ana seakan fobia apabila melihat pemotong kayu.Kemalangan ini mendatang kesan yang mendalam bagi ayah ana.Kejadian ini benar-benar menyedarkan ana.Terlaksanakah tanggungjawab sebagai  sebagai  seorang anak?Ana tidak mampu memberi wang ringgit yang banyak memandangkan kerja pun tidak tetap,hanya doa yang mampu dilafaz dengan sepenuh kasih sayang.
Bantulah kami diberi kesudahan
Setelah beberapa malam, ana lihat ayah agak kebosanan dan ahli keluarga yang lain sibuk membaca quran.Lalu ana pun…

Ana : ayah, nak tak baca surah waqiah?waqiah ini kalo kita baca setiap malam, kita takkan jadi papa  kedana.

Ana pandang wajah ayah ana dan mengharap jawapan yang bakal dikeluarkan.Segala jawapan yang dikeluarkan ana terima hati yang lapang.

ayah : buleh jugak.

Alhamdulillah..Ana dengan gembiranya lantas mengambil quran memberi kepada ayah ana.Terima kasih ya Allah setiap nikmat yang kau berikan..

Kali pertama ayah ana membaca kurang memberansangkan.Lalu ana mengambil keputusan membaca surah al waqiah secara berjemaah dengan bacaan yang lambat bagi memperbetulkan kesalahan tajwid.Ana cuba membantu mungkin pengetahuan yang ana ada.Ana bukan dari sekolah agama yang  pandai bertaranum ,hanya sekadar pengetahuan asas tajwid dari guru agama pondok.Ana kagum dengan kegigihan ayah ana walaupun dia kurang lancar namun ayahana  berusaha sebaik membaiki dengan sebaiknya dan menerima teguran dengan dada yang lapang.Subhanaallah maha suci Allah.

Dari hari ke hari, ana lihat ayah ana sudah menunjukkan perubahan demi perubahan.Itulah kelebihan surah al waqiah.Pembacaannya semakin baik dan lancar.Pada minggu seterusnya,selesai membaca surah al waqiah secara berjemaah bersama ayah ana.Tahap pembacaan  ayah ana semakin baik membuatkan ana cuba mengatur langkah seterusnya..

ana :ayah,  nak tak belajar surah al mulk pula.Surah ini dapat membantu di alam kubur nanti.Kalo ayah  nak la,kalo ayah xnak saya tak paksa ikut kemampuan ayah.

Ayah ana tidak bersuara .Itu petanda yang baik lalu ana membuka al mulk untuk ayah ana.Pada kali pertama membaca surah al mulk, ayah meminta membaca separuh daripada  surah al mulk.Ana tidak paksa, biarlah dia membaca dengan hati yang lapang dan bukan kerana perasaan dipaksa.

Ya allah, tabahkan hatiku untuk meneruskan perjuangannya ini dan jangan engkau biarkan aku berputus asa.

Ana menerima tawaran sambung master pendidikan di Universiti Tun Hussien Onn, ana tolak tawaran tersebut.Tidak sanggup rasanya meninggalkan keadaan ayah ana yang masih belum sembuh sepenuhnya dan pembacaan al mulk yang belum lancar sepenuhnya.Ana batalkan hasrat menyambung pelajaran dan meneruskan tugas ana sebagai guru ganti yang tinggal beberapa minggu lagi kontrak akan berakhir.Tidak semua yang kita mahukan akan dapat kita miliki.Ada waktunya kita terpaksa melepaskannya. Segalanya ana terima hati yang lapang dan redha.

Lama kelamaan, dengan semangat ayah ana sudah membaca surah al waqiah dan surah al mulk sehingga tamat.Alhamdulillah…syukur kepada Mu dengan izin Mu dan pertolongan Mu melalui bantuan dan sokongan emak dan  adik-adik ana, ayah ana kini dapat membaca surah al-waqiah dan al-mulk dengan baik.

Hanya dengan keizinanMu.Kun Faya kun.Setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya dan bersabar dengan ujian.Allah tidak akan uji seseorang hamba melainkan Dia tahu hambanya boleh melaluinya. Teruskan bersabar , Innaallah maana assobirin, sesungguhnya Allah bersama-sama orang sabar dan perbanyakkan muhasabah diri untuk membaiki diri menjadi lebih baik sebelum hari-hari terakhir.




Bila awak mahu cinta saya, carilah dulu cinta Allah
Bila awak mahu rindu saya, rinduilah Allah dan rasulnya.
Jika awak mahu sayang saya, sayangilah agama lebih daripada diri saya ini.


Selamat hari ibu.Selamat Hari Bapa…setiap hari adalah hari bapa dan hari ibu..Hargailah masa  dan sayangi dan hormatilah mereka.Semoga memberi manafaat.

Ikhlas dari hati,,
13062013